Wednesday, 27 April 2016
PROGRAM JOM BACA SELAMA 10 MINIT
Warga Skttd terlibat secara langsung dalam Program Jom Baca Selama 10 Minit yang di adakan disetiap kelas. Program ini diadakan pada hari Isnin, 25 April 2016 jam 11 pagi secara serentak seluruh negara.
Program tersebut yang dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia merupakan
acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan
kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan
Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM)
Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Difahamkan, Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit akan berjalan serentak di
14 buah negeri dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan
dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Wednesday, 20 April 2016
LAWATAN PENANDA ARAS LINUS DARI SK BENGKONGAN
Pada 7 April, Skttd telah menerima kunjungan dari Sk Bengkongan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan tentang pelaksanaan program Linus. Pada kunjungan ini juga, pihak Skttd telah memberi taklimat tentang program-program yang dijalankan oleh Skttd dalam membina kecemerlangan pelajar dalam pembelajaran.
Pihak Skttd mengucapkan terima kasih atas kunjungan ini dan berharap akan bertemu lagi pada masa akan datang.
PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA
Program ini diadakan serentak seluruh Malaysia bermula jam 8:00 pagi selama 3 hari berturut-turut bermula pada 4 hingga 6 April 2016. Tema program ini adalah Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia. Semua pelajar akan dibekalkan dengan buku pilihan mereka dan akan membaca beramai-ramai dengan dibantu oleh guru-guru.
Majlis pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan telah diadakan di SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru.
Tuesday, 19 April 2016
PROGRAM SEJENAK BERSAMA...
Ini adalah program antara sekolah dan Ibubapa pelajar tahun 6. Program ini memberi pendedahan kepada ibubapa mengenai perancangan pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi anak-anak mereka. Diharap dengan penerangan tersebut akan memberi panduan kepada ibubapa untuk terus memberi sokongan pembelajaran anak-anak mereka di rumah.




























































