Thursday, 31 March 2016

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ATIAH DAN CIKGU FAWAZ

Warga SKTTD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Eawaz atas sumbangan bakti yang telah dicurahkan kepada sekolah terutama kepada pelajar-pelajar. Sesungguhnya segala ilmu yang dicurahkan amat berharga dan tidak dapat ditukar ganti. 

Cikgu Atiah Awang adalah peserta Kursus dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak. Beliau memilih SKTTD sebagai subjek kajiannya selama dua minggu. Pihak SKTTD mengucapkan ribuan terima kasih atas pemilihan tersebut. Segala dapatan dan cadangan diharap dapat membantu tugasan beliau dalam pendidikan. Diharap dapat menjadi panduan dalam pengajiannya untuk menjadi bakal Guru Besar.







Monday, 7 March 2016

PELAJAR SKTTD MEWAKILI SABAH

Tahniah kepada Adik Lovely dan Adik Salfin kerana berjaya mengharumkan nama SKTTD dan negeri Sabah apabila mewakili Sabah dalam Acara Merentas Desa Peringkat Kebangsaan 2016 yang di adakan di Negeri Sembilan pada 6 Mac 2016. Tahniah kepada barisan Jurulatih yang terlibat melatih atlit berkenaan terutama jurulatih utama merangkap Guru Pengiring, En. Ezri Jakaria. Syabas dan tahniah!.